[Updated ]Murid SK Buloh Poh berbelanja RM50 ketika waktu rehat

Seramai 168 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Buloh Poh, Kelantan di sini teruja apabila dapat berbelanja hampir RM50 seorang pada waktu rehat hari ini.

Kanak-kanak tersebut diberikan kupon dengan nilai sebanyak itu untuk membeli makanan bertaraf hotel lima bintang yang disediakan oleh 30 kakitangan Hotel Perdana.

Lebih istimewa sebanyak 15 pilihan makanan dan minuman yang mengetengahkan konsep ‘Street Food’ disediakan kepada mereka .

Di antara makanan tersebut ialah kue teow kerang; char kue teow; sup ayam; sup tulang; sup kambing; sup terpedo; teppanyaki; burger; roti john; jus buah dan Air Batu Campur (ABC).

Menurut seorang murid, Mohd. Khairi Mustakim Tarmimi, 9, dia begitu seronok apabila berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan pada waktu rehat hari ini.

“Tidak pernah saya berbelanja sebanyak ini ketika waktu rehat.

“Malah semua makanan yang disediakan ini boleh di bawa pulang kerana kuantitinya sangat banyak dan sedap,” katanya ketika ditemui pada Program Hari Keluarga SK Buloh Poh bersama Hotel Perdana di sini hari ini.

 

Sementara itu, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Perdana, Amer Ahmad berkata, program itu adalah salah satu daripada tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang berkonsepkan ‘Perdana Prihatin’.

 

“Sumbangan makanan ini adalah daripada program ‘Perdana Food Street Return’ pada Mac lalu yang mengetengahkan konsep makan sambil menderma kepada insan yang kurang berkemampuan.

“Jadi SK Buluh Poh telah terpilih memandangkan sekolah ini terletak di kawasan luar bandar serta boleh dikategorikan sebagai sekolah yang kurang berkemampuan,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN ONLINEHotel Perdana Kota Bharu

6 Jenis Masakan Bertemakan Ayam – Simple Tapi Mampu Membuatkan Anda Terliur! Yang No. 5 Tu Memang Padu..

Di antara pelbagai jenis juadah kita, masakan ayam boleh dikategorikan sebagai hidangan kegemaran semua orang. Boleh dikatakan menu wajib ada mestilah ayam terutamanya ketika musim kenduri.

 

Terdapat pelbagai jenis masakan ayam yang ada tetapi tidak semua orang rajin untuk memasak atau tahu memasak. Betul tak?

Gambar @upinipinofficial

Kebiasaannya menu ayam yang paling mudah semestinya ayam goreng atau lebih dikenali dengan nama ‘ayam upin ipin’ di kalangan kanak-kanak.

Gambar @upinipinofficial

Sebenarnya masakan ayam ini tidaklah susah mana. Kami kongsikan dengan anda resepi masakan ayam yang paling mudah untuk dibuat. Bukan sahaja mudah, tetapi rasanya juga memang sedap. Jom kita tengok apa bahan-bahannya. Tak sabar nak masak!

 

Tak perlu susah-susah untuk membeli ayam masak madu di kedai. Apa kata anda cuba masak sendiri. Serius memang senang. Kalau masak sendiri, mesti boleh makan banyak-banyak. Sedapnya!

Resepi Ayam Masak Madu : Klik sini

 

Resepi ini mungkin susah bagi sesetengah orang tapi berbaloi untuk dicuba. Rempah kuzi mungkin sukar didapati di kedai, tapi anda tak perlu risau kerana resepi ini kami bagi cara untuk membuat rempah sendiri.

Resepi Kuzi Ayam : klik sini

 

Kebiasaannya asam pedas dimasak bersama ikan, apa kata anda cuba menggunakan ayam. Bukan sahaja sedap, malah lebih murah daripada ikan. Anak-anak pasti suka dengan resepi ini. Memang sesuai untuk seisi keluarga.

Resepi Asam Pedas Ayam : klik sini

 

Ayam goreng antara masakan yang paling senang dan sesuai di makan dengan apa jua hidangan. Kali ini apa kata anda olah sedikit resepi ayam goreng anda dengan tambahkan sedikit rasa. Memang sedap dimakan begitu sahaja.

Resepi Ayam Berempah Serai : Klik sini

 

Ayam masak merah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi panas. Memang terangkat! Walaupun ayam merah ini sinonim dengan kenduri kahwin, namun kini tidak lagi. Anda boleh mencubanya sendiri. Memang sedap!

Resepi Ayam Masak Merah : klik sini

 

Sup ayam merupakan antara makanan yang paling sesuai jika perut anda meragam atau ketika anda kurang sihat. Boleh dihirup sup ayam ketika suam/panas. Memang sedap. Selain dimakan dengan nasi, sup ayam juga sedap dihirup begitu sahaja.

Resepi Sup Ayam Special : klik sini

 

Sumber: Myresipi, Ohbulan

[VIDEO] Tahniah! Dato’ Siti Nurhaliza Kini Hamil 4 Bulan Selepas Penantian 11 Tahun

Setelah beberapa bulan berehat dari industri seni, penyanyi no 1 negara ini telah mengadakan satu sesi khas bersama media sebentar tadi bertempat di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Pengumuman khas itu akhirnya menjawab desas-desus yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza kini sedang hamil.

Sumber foto dari Siakap Keli

Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga di atas berita gembira ini. Diharapkan agar kandungan sihat dan segalanya dipermudahkan.

Sumber video dari mStar Online

Menurut Datuk Siti Nurhaliza, tujuan utama sidang media ini dilakukan adalah untuk menjawab desas-desus dan spekulasi yang sedang menular di laman sosial. Untuk beberapa bulan, Datuk Siti memilih untuk tidak muncul di mana-mana media kerana dirinya kini disahkan hamil empat bulan.

Kata Datuk Siti lagi, beliau sangat bersyukur kerana akhirnya hamil pada usia 38 tahun dan pada ulangtahun perkahwinan yang ke 11. Beliau memohon orang ramai serta penganjur memahami situasinya yang memilih untuk fokus kepada kandungan beliau.

 

Akhir kata, Datuk Siti berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan beliau.

Sumber: Ohbulan, Harian Metro

Suka Makan Makanan Karbo Ringkas & Jajan, Baca Dulu Penjelasan Fakta Dari Doktor Ini!!

Zaman sekarang ni kita sendiri tak boleh nak elak dari ‘racun’ yang ada dalam makanan kita, betul tak? Yelah, dengan pewarna makanan, gula tiruan, fast food lagi, semua tu menjadikan kita tak sihat. Lagi parah, kesan yang kita dapat dari makanan tak berkhasiat macam ni adalah selepas kita tua nanti. Pergh!

Sebab tu mak ayah kita dulu-dulu tak bagi kita makan makanan junkfood ni. Jajan la senang cite. Sebab ada banyak bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Sekarang ni pun dah ramai anak muda ada darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, obesiti dan macam-macam lagi, kan? Jom baca fakta sebenar dari doktor ni.

Amanah & tanggungjawab

screen-shot-2016-09-08-at-12-07-07-pm

Tak rasa bersalah

screen-shot-2016-09-08-at-12-07-16-pm

Penyebab penyakit kronik

screen-shot-2016-09-08-at-12-07-26-pm

Umur 20 dah ada penyakit kronik

screen-shot-2016-09-08-at-12-07-34-pm

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Kesungguhan Gadis Cantik Viral Jual Sandwic di Jalanan Ini Dipuji Netizen weh!!

Pada zaman serba serbi duit ni, ia menuntut kita melakukan kerja lebih masa atau ‘part time’ atau apa sahaja kerja halal demi meneruskan kelangsungan hidup. Rezeki itu ada di mana-mana kan.

Bagi gadis ini, trend menjual sarapan di jalanan yang sibuk dengan kenderaan menjadi pilihannya untuk mencari rezeki yang halal.

 

Sopan berhijab sambil mengenakan apron, gadis itu dikesan oleh pengguna Facebook, Shamsul Abas di persimpangan lampu isyarat Ukay Perdana – Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.

Menurut Shamsul, ketika kenderaan berhenti di persimpangan tersebut, gadis itu akan mula berjalan dari satu kereta ke satu kereta, menjual sandwic yang diangkatnya di atas dulang berhias yang diperbuat daripada buluh.

Apa yang biasanya dilakukan oleh lelaki kini juga dilihat menerusi keberanian dan kesungguhan gadis tersebut. Posting yang dikategorikan Shamsul sebagai ‘kisah motivasi’ itu mula mendapat perhatian netizen yang rata-rata memujinya.

Ada juga yang memuji sandwic yang dijualnya. Menerusi seorang pelanggan yang ditemuramah mStar,  Zariena Kusnin berkata dia berpuas hati dengan sandwicnya kerana intinya yang penuh.

Menurutnya lagi, gadis itu menjual beberapa jenis sandwic seperti sandwic tuna, sardin dan telur.

Apa tunggu lagi, jom pakat serbu beli sandwic beliau masa tengah tunggu lampu trafik kat sana.

Sumber: Shamsul Abas , mStar, Ohbulan

RAHSIA ANAK CEMERLANG-JANGAN SUKA BERI ANAK MAKAN MI SEGERA, MAKAN JAJAN

Kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita selalu membiarkan anak kita menelan saja apa-apa makanan yang sempat kita masak dan beli. Tahukah anda apa akibatnya untuk jangka panjang? Apa lagi yang wajar anda lakukan agar anak cemerlang secara holistik?

RIBUT peperiksaan UPSR baru sahaja berakhir. Dan minggu peperiksaan hujung tahun bakal tiba.  Kebiasaanya ibu bapa yang akan terlebih gemuruh daripada anak-anak, manakala mereka masih lagi bermain santai; itulah realiti anak-anak kita. Terutama anak-anak dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Tidak dinafikan setiap ibu bapa akan mengharapkan anak-anak mereka akan mencapai gred yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Ini menjadi kebanggaan buat kita.

Hmm… kebanggaan buat kita atau anak-anak?

UNTUK SIAPA SEBENARNYA? JAWABLAH DENGAN JUJUR! 

Semak balik niat ini. Jika diri kita, sanggup kita meletakkan beban ke atas anak kita demi KEBANGGAAN KITA? Jika demi anak-anak, adakah kita mengerti KEMAMPUAN mereka tanpa membandingkan dengan anak-anak yang lain atau rakan sebaya mereka.

Pernahkah kita lakukan perkara ini? Kebanyakkan kita hanya membandingkan tanpa melihat kemampuan anak-anak kita.

Justeru, kita menjadi ‘stress’ dan lekas naik angin apabila anak-anak tidak memenuhi impian kita, bukan IMPIAN MEREKA.

 

Ekoran daripada itu, persepsi dan pendekatan saya mula berubah dan kini lebih menumpukan kepada keperluan perkembangan dan pembinaan diri anak-anak. Saya banyak membaca buku-buku kekeluargaan dan mengikuti blog-blog kekeluargaan, ternyata tips mereka amat berguna sebagai pedoman sahaja. Namun, pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri sebagai ibubapa yang jauh lebih mengenali anak kita sendiri.

 

 

 

ANAK-ANAK KITA MENCARI IDENTITI, JADI BANTULAH MEREKA

Bagi saya, anak-anak berusia 4-12 masih lagi mencari identiti dan bermain adalah satu aktiviti yang paling menyeronokkan. Oleh itu, bebanan harapan untuk memiliki kecemerlangan di dalam semua matapelajaran adalah satu tanggungjawab yang MAHA HEBAT.

 

Justeru, saya menekankan pemahaman melalui konsep yang boleh diguna pakai pada setiap hari; seperti pengurusan masa melalui jadual dan rutin harian. Saya akan jelaskan kepada mereka kesan dan impak sekiranya tidak menghormati masa.

 

Contohnya, untuk masa untuk mandi dan bersiap sebelum makan malam, tekankan kepada mereka tempoh yang perlu diambil untuk mandi. Sekiranya terlewat atau terguna lebih masa, apa kesannya. Bagi anak saya, mereka akan terlepas rancangan kegemaran mereka ‘Upin & Ipin’.

JANGAN SUKA BERI ANAK MAKN ‘JAJAN’ ATAU MI SEGERA

Di sini, anak diajar masa mereka perlu pandai membaca jam dan mengatur masa, penggunaan air agar tidak membazir, persiapan untuk ke meja makan iaitu kemasan dan sebagainya. Jika dilihat sudah cukup merangkumi semua silibus pembelajaran mereka selama seminggu tapi hanya boleh dipraktikkan setiap hari dalam hanya 20 minit selama tujuh hari seminggu.

 

Oleh itu, ibu bapa PERLU FAHAMI setiap silibus anak-anak dan ambil masa untuk memikirkan apakah aktiviti yang boleh diaplikasi hasil bimbingan guru di sekolah agar difahami dan seterusnya dipraktis secara konsisten.

Paling mudah, sewaktu di meja makan, sediakan makanan yang mengikut diet yang betul, aturkan dalam kuantiti dan saiz. Secara tidak langsung  dapat mengaplikasikan ilmu Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan seterusnya kemahiran berfikir. Tanya mereka, ajak mereka menilai melalui perbualan biasa. Paling utama, kemahiran MENDENGAR dan EMPATI. Selainnya ikutlah kreativiti anda sendiri.

 

Alhamdulilah, pencapaian anak-anak saya tidaklah terlalu cemerlang sehingga 100%, tetapi untuk jangka masa panjang, saya lengkapi mereka dengan kemahiran KELANGSUNGAN HIDUP, BERDIKARI dan MAMPAN. Maksudnya, jika mereka tidak cemerlang tapi mereka boleh siap siaga memilih opsyen untuk menjadi memulakan PERNIAGAAN dan tidak hanya bergantung kepada CITA-CITA untuk BEKERJA MAKAN GAJI.

“LIFE IS NOT ABOUT GETTING SCROLL BUT SUSTAINABLE AND SURVIVAL.”

 

 

Ibu Sanggup Bergadai Nyawa Berpaut Pada Kereta Dilarikan Penjenayah Demi Anak Dalam Kereta

Seorang pembantu klinik mendapat cedera ringan selepas terjatuh ketika berpaut pada Perodua Myvi miliknya yang dilarikan oleh penjenayah bersama-sama dua anaknya yang berada dalam kenderaan itu di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.

Wanita berusia 32 tahun itu ketika kejadian yang berlaku pada jam 7.45 pagi sedang mengambil payung di dalam bonet sebelum seorang lelaki dilihat masuk ke dalam kenderaan mangsa.

 

Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri berkata, ketika kejadian berlaku mangsa yang hendak menghantar dua anaknya, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorang perempuan berusia tiga tahun baru tiba di rumah bapanya di Taman Pulai Indah.

“Ketika itu hujan dan mangsa keluar mengambil payung di bonet kereta. Dia nampak seorang lelaki bertopi warna biru masuk ke dalam kereta.”

” Mangsa cuba membuka pintu kereta kerana kedua-dua anaknya masih berada di dalam, tetapi pintu kereta sudah dikunci,” katanya.

Katanya, wanita itu cuba berpaut pada kereta namun terjatuh selepas suspek melarikan kereta itu bersama anaknya.

Ujar Noor Hashim lagi, adik lelaki wanita itu cuba mengejar kereta terbabit sebelum ternampak anak perempuan mangsa ditinggalkan di tepi jalan beberapa lorong dari rumah bapa mangsa.

“Mangsa kemudian ke Balai Polis Kangkar Pulai untuk membuat laporan dan ketika di balai polis, mangsa menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan ada orang menjumpai anak lelakinya di laluan masuk Taman Pulai Indah dan menghantarnya semula ke rumah bapa mangsa.

” Turut dilarikan ialah telefon bimbit jenis Samsung Note 2.” katanya.

Manakala kereta mangsa yang dibawa lari itu dijumpai terlibat dalam kemalangan di kawasan Ulu Choh pada 8.45 pagi dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Suspek bagaimapun berjaya melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 363 Kanun Keseksaan.” katanya.

Sumber: myMetro & Siakapkeli

 

Akhirnya Berjaya! Nenek 73 tahun gembira miliki lesen memandu

KUALA NERUS – Keinginan nenek  berusia 73 tahun untuk memiliki lesen memandu akhirnya menjadi kenyataan apabila lulus dalam ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam percubaan kali kedua hari ini.

Kegagalan dalam ujian memandu pada 4 Oktober lepas tidak melemahkan semangat Fatimah Hassan untuk mengambil ujian ulangan.

 

“Syukur kepada Allah S.W.T dan saya berasa sangat gembira, tidak tahu macam mana hendak mengambarkan kegembiraan ini dan seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan tiba-tiba apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya memberitahu saya lulus ujian.”

“Anak nombor lima saya sanggup mengambil cuti kerja untuk menemani… memberi semangat kepada saya”, katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.”

Menurutnya anak-anak yang lain turut menelefon dan memberi kata-kata perangsang agar tidak putus asa dan membuat yang terbaik semasa ujian.

Berita gembira kejayaan Fatimah mendapat lesen memandu hari ini turut dikongsi anggota keluargnya menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Fatimah turut mengucapkan kepada pihak JPJ yang banyak membantunya semasa menjalani ujian memandu dan pengajarnya  Roslan Mansur, 60, yang tidak pernah jemu mengajarnya sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Emas Dalam Kawasan Rumah Adalah Milik Kerajaan – Rakyat Malaysia Patut Tahu!

Kuala Terengganu: Boleh gali tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.

Kredit: HarianMetro