Staff Petronas Ini Pesan Pada Doktor Supaya Hanya Pandang Bawah Ketika ‘Melabur’ Tetapi Dia Degil Dan Pandang Atas.. Apa Dia Nampak Buat Semua Terkejut

Staff Petronas Ini Pesan Pada Doktor Supaya Hanya Pandang Bawah Ketika ‘Melabur’ Tetapi Dia Degil Dan Pandang Atas.. Apa Dia Nampak Buat Semua Terkejut

Pada suatu malam, aku berhenti di stesen pam minyak Petronas sebab tak tahan nak ter kencing. Masa aku nak masuk tandas tu, ada seorang staff stesen pam minyak baru keluar dari ku bikel tandas.

“Masa melabur nanti, jaga -jaga sikit. Pandang bawah tau,” pesan pakcik berbaju Petronas itu kepada aku.

“Kenapa?”
Pakcik yang sedang mencuci tangan di sinki itu menoleh dan hanya tersenyum. Setelah mengelap tangan nya yang basah pada baju nya, dia tunjuk kedua- dua bola mata nya dengan jari dan kemudian menuding ke bawah, seolah- olah menegaskan kembali pesan nya tadi.

Oleh kerana empangan hampir pecah, aku segera meluru masuk kubikel. Semasa menunaikan hajat, kuat pula desakan hati nak tahu kenapa kena pandamg bawah. Tak boleh pandang atas ke? Apa yang ada pada siling kubikel ni? Akhirnya aku tekad abaikan amaran pakcik. Aku dongak perlahan- lahan.

Hah? Berjeriji?

Semakin membuak -buak perasaan ingin tahu aku. Bermacam -macam teori berlegar dalam kepala. Berdebar jadinya. Usai selesai urusan di tandas, dalam perjalanan kembali ke kereta, aku terserempak sekali lagi dengan pakcik tadi.

“Pakcik! Kenapa ada grill kat atas kubikel tandas tu?” Tanya aku.

“Kan aku cakap pandang bawah! Pandang atas buat apa? Jatuh baru tahu! Lantai tandas tu licin, baru cuci. Sebab tu suruh kau pandang lantai.”

“Ooo.. yeke. Bikin saspens la pakcik. Ingatkan ada benda- benda pelik. Eh! Tapi kenapa ada grill?”

“Betul kau nak tahu? Jangan beritahu orang lain tau,” bisiknya perlahan.

“OK, saya janji tak beritahu orang lain. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!”

“OK, pinky swear?” katanya sambil menunjukkan jari kelingking nya.

“OK! OK!” Aku kait jari kelingking nya dengan jari kelingking aku. Rasa jangal pula, macam budak- budak sekolah.

“Macam ini… malam-malam, tandas tu, ada lembaga yang selalu sergah orang daripada atas. Sebab tu dia orang pasang grill. Grill tu bukan grill biasa, dah jampi dengan ayat pendinding sekali.”

“Biar betul, pakcik. Seram gila. Nasib dah settle urusan baru tahu!” Aku lepaskan tautan jari aku.

“Haa.. inilah perangai orang-orang kita. Cerita karut-marut, mudah je percaya. Orang jual racun sebagai ubat pun ada orang beli. Ingat orang tua je perangai macam tu, rupanya orang muda pun sama. Padanlah senang kena tipu dengan politician. Hampeh!“

Aduh, pedih. Malu nya!

Lepas membebel tu, pakcik jalan ke arah sebuah kereta Mercedes CLS AMG dan dengan selamba masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut. Enjin dihidupkan dan kereta itu beredar pergi.

Laaa… bukan staff pam minyak rupa nya.

Pengajaran:

Jangan percaya benda yang karut-marut.
Jangan bersangka-sangka berdasarkan rupa.
Jangan degil, dengar nasihat orang tua.
Jangan ingat semua orang tua kolot. (Ada juga yang hip dan masih amalkan pinky swear. Haha!)

Apapun, tujuan jeriji besi tu dipasang di kubikel tandas masih menjadi misteri. Jika difikir secara logik akal,tujuan jeriji tu dipasang adalah untuk mengelakan berlaku kecurian,maklum la sejak kebelakangan ni banyak kes kes kecurian dalam tandas dilaporkan dan paling sedih adalah kerana kecuaian kita sendiri.

sekian,

SUMBER : Mediahijrah

PERNAH TAK TERFIKIR KENAPA PINTU TANDAS AWAM DIBUAT DI ATAS PARAS LUTUT??KORANG MESTI TAHU SELEPAS BACA ATIKEL INI..

Apakah Anda pernah memasuki toilet toilet umum? Kebanyakan toilet umum memang dibuat dengan pintu hanya di atas lutut saja.

Namun apakah Anda tahu kenapa pintu toilet hanya dibuat di atas lutut? Ternyata desain pintu toilet umum bukan dibuat tanpa sebab. Rupanya ada alasan kenapa pintu toilet umum dibuat di atas lutut saja.

Ingin tahu apa sebabnya? Ikuti ulasan di bawah ini.

Mudah Dibersihkan

Toilet umum biasa dirancang dengan bentuk yang tidak terlalu besar, biasanya hanya cukup untuk ruang toilet dan pipa. Akhirnya untuk mengatasi masalah pembersihan yang sulit, pintu di mana ukuran di atas lutut dibuat untuk memudahkan pembersihan.

Mengetahui Ada Orang Atau Tidak

Kondisi toilet umum bukanlah selalu dalam kondisi yang baik. Bisa jadi pintu toilet tidak memiliki kunci atau ada kerusakan lainnya. Jadi, dengan adanya pintu toilet di atas lutut ini akan memungkinkan kita mengantisipasi keberadaan orang lain di dalam toilet sebelum masuk, orang yang ada di dalam akan jelas terlihat meskipun hanya kakinya saja.

Mengetahui hal yang mencurigakan

Alasan lain pintu toilet dibuat di atas lutut adalah untuk menghindari hal -hal yang tidak diinginkan seperti maksiat atau transaksi narkoba ataupun kegiatan yang melanggar hukum -undang terjadi. Maka pintu seperti ini akan dapat memudahkan orang lain mengetahui hal-hal tersebut. Jadi dengan ini kita sudah dapat berpikir logis atau tidak jika satu toilet diakses lebih dari seorang orang dewasa?

Sumber: bibirbergetar

KREDIT

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *