Isu Penutupan JAKIM: Ramai rakyat Malaysia tak tahu sebenarnya inilah yang berlaku baca dan fahami!

Isu Penutupan JAKIM: Ramai rakyat Malaysia tak tahu sebenarnya inilah yang berlaku baca dan fahami! | KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak ‘melatah’ dengan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Video youtube petikan : Mahathir mohon maaf atas ‘dosa’ silamnya

Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang memberikan ingatan itu berkata, Perdana Menteri tidak mengatakan untuk menutup Jakim sebaliknya untuk mengkaji peranan dan fungsinya agar beroperasi seperti asal penubuhannya.

“Apabila mengkaji semula perkara itu bemaksud kita akan nampak lompong-lompong yang perlu diperbaiki supaya perjalanan agama Islam di negara kita ini lancar dan menyatukan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bakul Ramadan 2018 bertemakan “Semarak Sedekah Mengimpi Barakah” membabitkan 40 penerima terdiri warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal anjuran IPDM di sini pada Khamis, ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap cadangan itu di media sosial.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani berkata, rakyat sepatutnya membantu kerajaan dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada yang lebih baik.

Pada Rabu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Katanya, langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal ditubuhkan.

Sementara itu, ketika mengulas tuntutan kontroversi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum, Dr Ahmad Zaharuddin Sani berkata mereka boleh menyuarakan tuntutan itu tetapi ia bersandarkan kepada perlembagaan negara dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, terdapat empat perkara yang tidak boleh dituntut iaitu Agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak keisimewaan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan hak kewarganegaraan.

“Kita sebuah negara yang terbuka maksudnya mereka boleh bercakap apa yang nak dan menuntut apa yang dikehendaki tapi di negara kita ini ada perlembagaan. Saya bagi contoh kita dah bina sebuah rumah dan rumah itu sudah ada bilik tertentu dan bilik ini dah termaktub siapa punya dan jangan sekai kali kita cuba menceroboh bilik orang lain, kita jaga sendiri bilik kita,” katanya. — Bernama

DALAM ARTIKEL SEBELUM INI TUN MAHATHIR MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA FUNGSI JAKIM AKAN DISEMAK SEMULA

PUTRAJAYA: Satu kumpulan akan ditubuhkan bagi membincangkan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negara ini.Perbincangan itu akan mengkaji dan menyemak semula fungsi JAKIM supaya Islam tidak dipandang negatif.

“Kita belum ada fikiran mengenai Jakim. Kita akan ada satu kumpulan dari ulama-ulama dan orang berpengetahuan dalam agama dan yang pengetahuan untuk bincang peranan Jakim dalam negara, sama ada JAKIM akan dikekalkan seperti sekarang atau tujuan-tujuan asalnya akan dihidupkan semula,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

“Kita akan menentukan supaya di negara ini, Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa, itu bukannya agama Islam,” katanya.

“Ia (agama Islam) tidak begitu dan banyak larangan-larangan yang diadakan dalam Islam tidak diamalkan, sebaliknya kita fikir cara-cara lain yang tidak datang dari Islam untuk kononnya menunjukkan Islam ini agama yang keras dalam pelaksanaannya,” tambahnya.

“Dalam kata lain, kita lebih suka memaksa daripada ajaran Al-Quran yang kata tidak ada paksaan dalam agama Islam,” tambahnya.Pentadbiran institusi agama di Malaysia pernah disentuh beberapa tokoh antaranya pakar undang-undang, Profesor Datuk Shad Saleem Faruqi.

Shad Faruqi dalam kenyataannya sebelum ini pernah memberitahu, penginstitusian Islam di Malaysia bukan hanya pada aspek agama.

“Saya minta maaf untuk menyatakan, banyak jutaan, dalam beberapa kes berbilion-bilion, ringgit yang mereka belanjakan tidak dikenakan audit yang mencukupi,” kata Shad Faruqi dalam satu program wawancara di Saluran Astro AWANI, baru-baru ini.

“Saya tidak tahu bagaimana jika Ketua Audit Negara menyemak akaun mereka atau tidak. Saya membaca laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, saya tidak mendapati pengawasan yang mencukupi perbelanjaan dan akhir sekali, penglibatan agensi syariah dengan aktif menukar bukan Islam ke dalam Islam dengan menggunakan wang pembayar cukai. Itu dipersoalkan,” kata Shad Faruqi.

Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ahmad Awang pula berpendapat, kuasa agama perlu dikembalikan kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan di peringkat Persekutuan.“Apa yang kita lihat, bila kita kembalikan kuasa agama kepada Raja-Raja, bermakna segala apa dilaksanakan diperingkat pusat dengan perkenan Majlis Raja-Raja, itu yang sebenarnya.

“Itu apa yang dicabuli oleh Perdana Menteri sebelum ini, sehingga Raja risau dengan kehebatan memerintah agama, kerajaan baharu memerintah ia tak ikut dahulu.

SUMBER: Helangmerah

KREDIT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *