Wow..!!! “Bilik Dihias, Lif Pun Dah Dipasang” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Teruja Sambut Bayi..

Bayi yang dinanti-nantikan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasanganya bakal menjengah dunia tidak lama lagi. Begitu ramai peminat, ahli keluarga dan rakan yang tidak sabar melihat ‘cahaya cinta’ pasangan tersebut.

Bakal melahirkan bayi perempuan, Siti dikatakan akan melalui kaedah pembedahan selepas disarankan doktor untuk berbuat demikian.

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan.

“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.

Siti melancarkan single terbaru sempena menyambut bayi perempuannya.

“Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,” katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Berkongsi kegembiraan, Siti juga menyatakan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K sudah tidak sabar menantikan kehadiran bayi sulung mereka.

Segala persiapan sudah hampir selesai, bukan sahaja bilik sudah dihias cantik, malah untuk kemudahan semasa berpantang, lif juga dipasang di kediaman mereka.

“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” jelasnya.

Didoakan semoga proses kelahiran bayi yang ditunggu selama lebih 10 tahun ini berjalan lancar dan lahir dalam keadaan sihat. Tidak sabar melihat wajah comel bayi tersebut, agaknya apakah nama yang akan diberikan ya?

 

 

Kredit: Buletin Gempak

Via:ceritera dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *