[VIDEO] Surprise Birthday Neelofa Ke-29 di Set Meletop

 

Tahun ini adalah tahun terakhir Neelofa menyambut usianya untuk era 20-an.Mulai tahun hadapan, Neelofa sudah menjangkau umur seorang wanita yang umurnya masuk angka 30 tahun. Makin matang nampak dia.Orang cakap kecantikan wanita itu makin menyerlah bila usianya sudah masuk 30-an.Betul ke korang?

Jadi, untuk buat kejutan hari lahir buat Neelofa, team Meletop membuat perancangan yang sangat best tanpa pengetahuan Neelofa. Hadirin yang hadir dengan tiba-tiba bangun dan bagaikan di rasuk kerana masing-masing duk rancak menari Panama Dance. Ini membuatkan Neelofa terkejut dan berkata apa yang dah jadi sebenarnya?

Ketika mereka sedang rancak menari, tiba-tiba ibu dan adik-adik Neelofa datang dan naik ke pentas untuk mengucap selamat hari lahir buatnya.Reaksi Neelofa tersangatlah cute.Dia memang tidak jangka tarian itu adalah untuk dirinya dan ada sambutan hari lahir buatnya.

Selain itu, kek hari lahir juga turut di sediakan buat Neelofa.Boleh tahan besar keknya dah macam kek kahwinlah pulak.

Semoga Neelofa di panjangkan umur, dapat bertemu dengan seseorang yang boleh membimbingnya. Semua Neelofa dah dapat. Populariti, dah jadi jutawan, dah pergi haji,cuma satu aje yang Neelofa tak ada, seorang pendamping hidup yang benar-benar memahami dan boleh menerima dirinya. Tahun lepas waktu umur 28 tahun, harapan Neelofa untuk naik pelamin tidak kesampaian. Semoga impian itu tertunai untuk tahun ini pula.

Korang kena tengok rakaman kejutan hari lahir Neelofa ni yang di kongsi sendiri oleh kru mereka melalui laman youtube.

 

Kredit : Kisah Dunia

Via:Ceritera Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *