Tahniah JAMPI(Heal Husaini) Juara AJL Ke 32!!! Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 2018 .. Tahniah Pada Pemenang

Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop dan trofi AJL 32.

 

Tempat kedua dimenangi oleh Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers manakala tempat ketiga jatuh kepada Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.

Persembahan Terbaik AJL 32 pula dimenangi oleh Altimet dengan lagu Amboi manakala Vokal Terbaik dirangkul oleh Erni Zakri & Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

Trofi AJL 32 ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.

AJL 32 yang dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam menyaksikan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai pengacara, manakala Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

PENAJA DAN HADIAH UTAMA

AJL 32 dibawakan khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan dua hadiah iaitu telefon pintar Samsung A8 dan A8+ bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik.

HADIAH UTAMA AJL 32

Juara

RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat Kedua

RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat Ketiga

RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Vokal Terbaik

RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung)

RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung

Trofi & telefon pintar Samsung A8+.

GAMBAR GAMBAR SEKITAR AJL 32

Lagu yang layak ke Anugerah Juara Llagu 32 adalah dipilih 100% berdasarkan penilaian dari juri. Ini bermakna, ianya bukan dipilih berdasarkan siapa paling popular ataupun siapa yang ramai peminat. Tetapi ianya dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Kelainan ditampilkan pada peserta-peserta kali ini. Ini kerana ianya dipenuhi oleh muka-muka baru. Kebanyakannya penanyi baru berjaya tembus ke peringkat separuh akhir walaupun mereka tidak berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2018.

SENARAI LAGU LAGU AJL FINAL

12 LAGU FINALIS YANG LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU 32

1. Lagu: Sejati
Artis : Azmi (Caliph Busker)
Komposer/Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan / Faizal Tahir & Mike Chan

2. Lagu: Tergantung Sepi
Artis : Haqiem Rusli
Komposer/Lirik: Ghuffran & Ibnu /Ghuffran & Ibnu

3. Lagu: Jampi
Artis : Hael Husaini
Komposer/Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

4. Lagu: Separuh Mati Ku Bercinta
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer/Lirik: Ajai / Ajai

5. Lagu: Amboi
Artis : Altimet
Komposer/Lirik: Navigator / Altimet

6. Lagu: Lebih Sempurna
Artis : Syamel
Komposer/Lirik: Syamel

7. Lagu: Aku Yang Sebenar
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer/Lirik: M.Nasir / Ad Samad

8. Lagu: Akhirnya Cinta
Artis: Salma
Komposer/Lirik: Ajai / Slen

9. Lagu: Menahan Rindu
Artis : Wany Hasrita
Komposer/Lirik: Ghuffran & Ibnu /Ghuffran & Ibnu

10. Lagu: Aku Cinta
Artis: Syamel & Ernie Zakri
Komposer/Lirik: Syamel/Syamel

11. Lagu: Bayang
Artis: Khai Bahar
Komposer/Lirik: Harry Khalifah / Patrick Anahoda

12. Lagu: Warkah Untukku
Artis : Ara Johari
Komposer/Lirik: Hang Nadim / Laq

Kredit: RotiKaya / TheNewsAsia / XTRA Dot Com via gedebakviral.org

Artikel berkaitan

TAHNIAH! HAEL HUSAINI ‘JAMPI’ AJL32

KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, berserta trofi.

Naib juara pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker.

Ia membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli mendapat tempat ketiga.

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, gandingan Syamel dan Ernie Zakri tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, trofi, dan baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Persembahan Terbaik pula milik Altimet menerusi lagu Amboi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A8 berserta trofi.

Manakala, Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung menjadi milik Khai Bahar membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

12 finalis bertanding terdiri daripada Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel) dan Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri).

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahanda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara tersebut turut diserikan dengan penampilan Stacy, Waris, AG Coco dan Edrie Hashim menerusi lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.

AJL31 juga turut menampilkan Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin,  Datuk Awie dan Siti Sarah.

Mereka menyampaikan lagu-lagu popular era Pop Yeh-Yeh seperti Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Pada tahun ini, AJL32 mengangkat tema Fesyen dan Muzik di mana kedua-dua elemen ini sering bergerak seiring dan saling melengkapi.

AJL32 yang disiarkan secara langsung di TV3 menampilkan pasangan pengacara iaitu Alif Satar dan Sherry Al-hadad.

Menariknya untuk edisi kali ini, rekaan pada trofi yang dimenangi pemenang merupakan cetusan idea pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Altimet ‘gegar’ pentas AJL 32
Umpama mencipta rekod baharu, aksi Altimet yang mendendangkan lagu berjudul Amboi ‘menggegarkan’ Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, pada malam penentuan, Anugerah Juara Lagu Ke-32, malam ini.

Seperti beraksi dalam konsert sendiri, Altimet pantas menarik perhatian peminat sebaik muncul di pentas melontarkan bait lirik lagu popular itu.

Kemunculan aktres Nabila Huda melakonkan watak ‘makcik’ dan beraksi bersama Altimet tambah menghangatkan pentas dengan penonton berdiri mengikut rentak lagu.

Kemunculan Syamel dengan lagu Lebih Sempurna turut menghangatkan pentas ‘pertarungan’ apabila tampil bersama dua pemuzik dengan pentas hidrolik.

Susunan muzik dan kekuatan vokal Syamel mendapat tepukan gemuruh penonton.

Tampil ringkas dengan busana berwarna putih bersesuaian dengan lagu Sejati yang disampaikan, persembahan Azmi Caliph Buskers juga tidak mengecewakan penonton.


DAYANG Nurfaizah menyanyikan lagu Separuh Mati Ku Bercinta pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 di Axiata Arena. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Keunikan Hazama & The Penglipurlara tampil dengan solekan diwajah mempersembahkan lagu Aku Yang Sebenar ciptaan Datuk M Nasir cukup bertenaga dan menggamatkan suasana.

Tidak kurang juga aksi Hael Husaini dengan pentas berputar yang diiringi koir serta pemain piano dan gitar mendapat sorakan gemuruh penonton dengan lagu Jampi.

Walaupun bergelar penyanyi ‘otai’ dalam kalangan penyanyi yang bertanding, namun aura Dayang Nurfaizah tidak dapat dinafikan lagi.

Setiap kali melangkahkan kaki ke pentas AJL, tumpuan penonton pasti terarah kepada persembahannya dengan kekuatan dan kelunakan vokalnya.

Mempertaruhkan lagu Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai, Dayang cukup memukau tanpa perlu disokong oleh prop yang sarat memenuhi pentas. Sekadar lontaran suara sudah cukup membuatkan penonton tergamam dengan gaya persembahannya.

Terdahulu, pembukaan AJL 32 meledak dengan persembahan hebat dan penuh bertenaga daripada Stacy dengan lagu medley Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang yang turut menampilkan artis rap, Waris.

Seperti dijangka, aksi lincah isteri kepada Akim Ahmad itu mendapat sorakan penonton yang memenuhi segenap ruang arena.

AJL 32 digamatkan lagi dengan gandingan serasi pengacaranya, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad yang memecah hilai tawa penonton dengan aksi bersahaja mereka.


PENGACARA, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 di Axiata Arena. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Sebelum acara berprestij itu bermula, artis dan selebriti ‘melaram’ pada segmen karpet merah bertepatan dengan tema penganjur.

Kemunculan mereka mencuri perhatian lensa kamera jurugambar dan juruvideo ketika menuju ke pentas khas untuk merakamkan busana digayakan.

Rona hitam dan biru gelap menjadi pilihan ramai selebriti yang tidak mahu dilihat keterlaluan serta dianggap ‘selamat’ digayakan sesuai dengan acara malam.

Antara selebriti dan artis yang hadir memeriahkan segmen karpet merah adalah Noraniza Idris, Indah Ruhaila, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Shiha, Amira Othman, Nadia Brian, Floor 88, Ifa Raziah, Siti Sarah Rausuddin dan suaminya, Shuib, Sufie Rashid serta Ezlyn.

Sumber – bharian

Kredit:hmedia.host

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *