Pembalak Terkejut Jumpa “Mumia Anjing” dalam pokok

Gambar-gambar luar biasa ini menunjukkan bagaimana seekor anjing menjadi mumia dalam sebatang kayu, anjing yang dikenali sebagai Stuckie, yang ditemui pada tahun 1980 oleh pembalak dari Perbadanan Kraft setelah hilang beberapa tahun sebelum itu

Dipercayai Stuckie terperangkap dalam pokok itu sekitar tahun 1960 selepas dia berlari ke arah lubang pokok, sebelum memanjat 28 kaki kedalam pokok itu untuk mengejar seekor binatang kecil. Tetapi apabila anjing itu memanjat pokok itu lebih tinggi ruangan dalam pokok itu menjadi semakin sempit dan Stuckie terperangkap di dalamnya. Tidak dapat melepaskan diri atau diselamatkan dia mati kelaparan di dalam pokok jenis oak chestnut itu. Tetapi setelah tahun 1980 dia dijumpai di dalam lubang pokok itu oleh pembalak menurut Newsweek. Pembalak yang menjumpai Stuckie menyumbangkan pokok itu ke muzium Southern Forest World daripada dibuang, Stuckie menjadi daya tarikan para pengunjung di muzium itu.

Bertha Sue Dixon, yang mengendalikan muzium tersebut memberitahu ‘ia adalah seekor anjing pemburu, jadi kami mengandaikan dia sedang mengejar sesuatu di dalam pokok itu.’ Dipercayai bahawa bahan “tannin” yang terdapat dalam pokok oat itu membantu mengawet anjing itu sehingga menjadi seakan mumia, kerana ia adalah bahan semula jadi yang menyerap kelembapan.

Tannin adalah suatu bahan yang digunakan untuk mengawet kulit haiwan dan menghalang daripada ianya rosak dan membantu mewujudkan persekitaran lembapan yang rendah yang menghalang kerosakan. Dipercayai bahan tersebut bersama-sama dengan udara yang ditiup ke atas melalui pokok seperti cerobong, menyebabkan bau mati haiwan itu tidak dapat dihidu. Dixon juga berkata haiwan pemangsa yang berada di sekitar pokok itu tidak dapat menghidu bangkai anjing di dalam pokok tersebut

Sumber:RATU SEMBANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *