Ikan Arowana Ini Enggan Makan , Apabila Dipaksa Buka Mulut Lelaki Ini Merasa Gembira Rupa-Rupanya..

Kalau sesiapa yang adalah seorang pencinta ikan pasti korang tahu berapa mahal harga seekor ikan Arowana kan?

Arowana emas, istilah saintifiknya adalah scleropages formosus, adalah salah satu ikan purba yang masih hidup, juga dipelihara oleh banyak orang sebagai ikan hiasan. Ramai yang mengatakan bahawa mempunyai seekor di rumah membawa nasib baik, dan lelaki ini benar-benar salah seorang yang bertuah.

Arowana telah wujud sejak 2.9 bilion tahun dahulu. Jika diperhatikan, Arowana berenang secara perlahan tetapi stabil, dalam skala yang luas dan besar, dengan warna kebiruan sebagai warna latar belakang. Warna emas di badan Arowana menjadikannya kelihatan gah!

Seluruh badan ikan ini diliputi dengan warna keemasan, yang melambangkan kecantikan dan kekayaan. Kerana keistimewaannya, ia merupakan haiwan peliharaan yang mahal dan bernilai tinggi. Seorang lelaki pergi ke kedai haiwan peliharaan dan terpegun dengan cara ikan ini berenang dan terus membelinya.

Ikan ini adalah salah seekor ikan peliharaan yang mahal harganya. Namun, menurut kisah seorang lelaki ini dia menjadi risau dengan keadaan ikannya.

Menurutnya, ikan Arowananya tiba-tiba tidak mahu makan dan enggan membuka mulut. Eh kenapa pula ni, ikan ini tak rasa lapar ke? Tambah pula, jenis Asian Arowana mencecah harga paling mahal.

Pastinya si tuan ikan menjadi risau tiba-tiba si Arowana tidak mahu makan, panik jadinya. Jadi, lelaki ini bertindak untuk membuka mulut ikan itu sendiri dengan tangannya.

Setelah lelaki itu membuka mulut ikan Arowana itu, hasilnya sangat mengejutkan! Tiba-tiba sedozen anak ikan keluar dari mulut ikan Arowana itu. Mulut ikan ini sanagt besar dan mampu menyimpan beratus telur dalam mulutnya.

Alangkah terkejutnya beliau semasa membuka mulut ikan tersebut kerana terdapat sekumpulan ikan kecil keluar daripada mulut ikan tersebut!

Lelaki itu fikir ia mungkin sisa ikan hidup yang diberikan kepada Arowana untuk makan tetapi setelah melihat lebih dekat dan mencari maklumat di laman google untuk mendapatkan jawapan, beliau mendapati bahawa ikan kecil itu sebenarnya anak ikan Arowana emas. Lelaki itu benar-benar terkejut dan gembira.

Walaupun sudah menetas, anak ikan Arowan itu masih mampu hidup di dalam mulut ibunya! Wah menang besar lelaki ini!

Daripada menjadi takut dan panik, lelaki ini menjadi gembira kerana mendapat ikan Arowana secara percuma! Boleh buat duit tu kan? Fuhh..

Sumber: EraBaru

 Kredit:ceritera dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *