(Foto) Eina Azman Hadiahkan Anak Kembar Jam Tangan Mewah Rolex

Kehidupan Datin Paduka Eina Azman dan anak kembarnya, Karl Kareef serta Arianna Aubrey sering menjadi tarikan ramai di media sosial. Mana tidaknya, kalau sesiapa yang mengikuti Instagram beliau, pasti mengetahui gaya kehidupan Eina yang agak mewah.

Terbaru, Eina telah menyambut hari jadi Karl dan Aubrey yang kedua dengan meriah di Pulau Pinang. Khabarnya, mereka sekeluarga dan beberapa rakan turut menikmati percutian di pulau tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau juga membuatkan netizen tergamam apabila menghadiahkan jam tangan jenama mewah, Rolex yang mencecah harga berbelas ribu ringgit untuk kedua-dua anaknya itu. Menerusi Insta Stories Eina, beliau turut berkongsi foto serta harga dua buah jam tangan tersebut.

Bertuah betul anak-anak Eina kerana daripada kecil sudah dimanjakan dengan barangan mewah. Apa salahnya bukan kalau dah mampu?

 

 

Sumber: Beautifulnara, Instagram eina azman

Kredit:gengjoyah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *