“USD 936 Juta? 10 Keturunan Pun Tak Habis Duitnyerr!!”-Kekayaan Cr7 Hasil Dari Jadi Duta Produk Buat Peminatnya Ternganga

Cristiano Ronaldo a.k.a CR7 di kenali ramai sebagai pemain bola sepak yang sangat popular, kacak dan sangat kaya. Selain daripada punya kehebatan yang sangat luar biasa sebagai pemain bola sepak, CR7 juga menjadi antara duta produk yang di gilai dan di sukai ramai pemilik bisnes. Tidak hairan nilai pendapatan Cr7 hasil menjadi duta sangat tinggi.

Menurut sumber, Cr7 menjadi perhatian banyak syarikat dan perniagaan jenama popular dan melantiknya menjadi duta lantaran dia punya pengaruh yang sangat besar dan mempunyai sangat ramai peminat di seluruh dunia. Makanya sangat mudah untuk mereka menaikkan nama bisnes mereka dengan adanya nama Cr7 sebagai duta mereka.

Antara nama besar yang mengambil Cr7 sebagai duta ialah syarikat NIKE,Herbalife,Clear,Panzer Glass dan banyak lagi.Untuk NIKE,Cr7 di pilih menjadi duta seumur hidup sejak 2015 dan menurut sumber nilainya menjadi duta dari jenama NIKE terkini mencecah hampir USD 1 Billion.

Itu baru income dari menjadi duta.Cr7 sendiri juga punya income lain dari bisnesnya sendiri seperti jenama pakaian,headphone dan menerima bayaran mahal sebagai pemain bola sepak profesional termasuk elaun khusus. Cr7 juga punya banyak asset berupa rumah mewah yang sangat banyak.

Kini Cr7 di katakan punya segalanya termasuk teman hidup yang cantik dan baik hati serta anak-anak yang makin membesar.Hebat betul kehidupan Cr7 kan? Satu hal yang buat netizen kagum ialah Cr7 memang suka bersedekah dengan nilai yang banyak kepada orang miskin.

 

Kredit: Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *