(video) Ratusan Geng konvoi bermotor 125z , RXZ, Y15ZR , RR, 135LC kena tidur lokap

Setiap tahun geng geng motor di Malaysia akan mengadakan satu perjumpaan dan konvoi beramai ramai di beberapa tempat di Malaysia . Antara lokasi yang popular pada 31 disember ialah di Penang , Cherating, kuala lumpur dan sebagainya. Namun setiap tahun akan ada sahaja perkara yang tidak dijangka berlaku seperti kemalangan dan roadblock .

Pada tahun ini iaitu 2017 geng mat moto juga melakukan perkara yang sama. akan tetapi mereka mungkin tidak berjaya meloloskan diri dalam roadblock polis yang dijalankan di Batu pahat johor. kelihatan ratusan mat motor terpaksa menolak motosikal mereka ke balai kerana mungkin tidak mencukupi piawaian jalan seperti lesen , roadtax dan sebagainya .

Perakam video kelihatan merakam keadaan itu dengan tergelak kerana terlalu ramai mat moto yang terkena roadblock tersebut. jarang sekali mat moto diperangkap beramai ramai dan mungkin pihak polis telah menyusuh strategy untuk melakukan roadblock tersebut sehingga ramai yang tertewas.

Namun mengikut komen netizen bukan sahaja di Johor perkara itu berlaku malah di penang dan banyak negeri di malaysia berjaya memerangkap mat moto yang gagal memetuhi peraturan jalan raya dan memaksa mereka menyambut new year di balai polis atau lokap. Netizen dinasihatkat supaya lebih berhati hati kerana perkara ini tidak berlaku dan tidak disaman oleh pihak berkuasa yang menjalankan tugas

 

Sumber:alerttvmalaysia.com

 

‘Sebagai WANITA, saya terasa dengan Aliff’ – Sajat

Nur Sajat mengakui dia memang terasa hati dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang memarahinya ketika menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini, lapor mStar Online.

Sajat berkata, tindakan pengasas D’Herbs itu seperti tidak menghargai usaha dan pengorbanannya meninggalkan kerja hanya untuk menjalani penggambaran muzik video itu.

“Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi.
“Saya menangis sebab rasa seperti pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaran di Sepanyol tidak dihargai,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah bertemu sejurus kembali ke Malaysia dan bermaaf-maafan dan menafikan insiden itu sengaja dilakukan bagi tujuan mempromosi lagu duet mereka.

Sajat juga memuji sikap Aliff yang tidak menyimpan perasaan marah dan senang berterus-terang.

“Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada menghubungi saya untuk berbincang mengenai perkara itu. Semuanya dah selesai dengan baik.

“Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus.

“Tak elok kita simpan perasaan marah atau sakit hati. Biar lepaskan saja terus. Saya pun faham perasaan dia bila begnya dicuri pada hari pertama,” katanya.

 

Sumber: The Channel

Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000. Apa Yang Dia Buat Dengan Duit Itu Sungguh Mengejutkan

Kejadian yang berlaku di England ini mungkin boleh dijadikan iktibar. Lihat bagaimana hak pengguna di negara maju dibela. Ia mungkin kelihatan kecil, namun ia boleh jadi kes rujukan pada masa-masa akan datang.

Apa yang lebih jelas sekarang ialah pengguna memang berhak menyaman pihak berkenaan jika berlaku kerosakan pada kenderaan mereka akibat jalan yang tak diselenggara dengan baik.

Pemilik Ferrari 458, Scott Nicholas telah menang dalam kes samannya ke atas majlis bandaran tempatan sebanyak £10,000 atau RM55,500. Cukup untuk membeli sebuah Myvi baru berwarna kuning edisi terhad yang sangat ekstrim kata budak-budak wicet.

Bagimana kesnya?

Nicholas memandu pada waktu malam di sebatang jalan di Peterborough dan beliau memberitahu terlanggar sesuatu hentaman kuat. Berapa kuat? Ia menyebabkan beg udara sebelah penumpang terkeluar dan beliau hilang kawalan yang menyebabkannya terbabas.

“Saya terbabas ke jalan bertentangan, tapi nasib baik tiada kereta dari arah depan. Bila beg udara meletup, saya sangat terkejut,” ujar beliau

Di sebalik kerosakan beg udara yang menelan belanja pembaikan sebanyak £6,000 (RM33,300), rim asli kereta ini juga jahanam dan beliau perlu bayar sebanyak £3,000 (RM16,650) untuk menggantikannya. Lebih sedih lagi, kereta tersebut tersadai tiga bulan untuk menunggu alat-gantinya sampai dari Itali.

Nicholas memberitahu, beliau akan menerima bayaran dalam masa tiga minggu dan apa yang lebih mengejutkan, beliau akan mendermakan kesemua wang tersebut untuk kebajikan.

“Ia bukan tentang wang, ia tentang prinsip dan hak kita. Lebih menyakitkan hati ketika di mahkamah, mereka cuba untuk mengelak dari mengambil tanggungjawab. Mereka juga beritahu supercar tak sepatutnya berada di jalan,” ujar beliau lagi

“Supercar sepatutnya duduk dalam garaj macam orimoto” – OK yang ni Abang Japar saja tambah.

Apapun, kalau mengikut kepada acuan sistem perundangan, Malaysia tidak jauh daripada amalan British. Jadi, adakah kita boleh saman DBKL dengan mainhole tengah lubang ketika superman satulapan? Kami akan cuba dapatkan pandangan peguam tak lama lagi.

Sumber: Mekanika