Jangan Larang Anak Conteng Dan Sepahkan Barang Supaya Kreativiti Tidak Terbantut Adalah Temberang

Minggu lepas ada orang hantar mesej katanya “Nak anak jadi kreatif, jangan larang anak buat sepah dan conteng dinding”. Saya anggap itu tips parenting beliau semata-mata.

Masa kecik dulu, kalau saya conteng plywood partition antara bilik mak dengan ruang tamu, esoknya mesti kena soal siasat. Mak cuma tanya, SIAPA YANG CONTENG! (dengan nada macam singa tertelan microfon) dan semuanya senyap tak mengaku. Tapi emak tahu, terus zoom kat aku. Kenapa? Dia tahu macammana aku jugak tahu anak-anak aku sendiri kadang-kadang menipu dan kena soalsiasat. Kita bukan pandai nipu dan pandai susun ayat nipu. Siyassahnya mudah jer “Angah pegang pen tapi tak ada conteng pun, tiba-tiba jer dah ada lukisan kat situ”. Bila tanya adik dia cakap “Adik tak boleh cakap siapa content, nanti Angah marah”.

Ok, mudah sahaja selesai masalah tu. Tapi itu bukan perkara pokok. Yang pokok, ialah larangan conteng rumah, sofa, peti ais, almari, tandas, muka ayah, TV, cerek letrik, motor dan tuala wanita emak semua tidak merosakkan kreativiti. Kemam dulu, nanti saya jelaskan

Sama juga dengan rumah bersepah-sepahan dikatakan anak itu kreatif. Kalau dah lepas main roundess, konda kondi, baling selipar habis semua pasu bunga emak, bunga orked gantung semua jadi lintang pukang. Lepas habis main, emak check semua tu bertabur habis satu Felda emak pekik. Sebagai anak, kita malu kalau emak pekik sampai pegawai Felda Bera Selatan pun dengar padahal emak jerit kat Felda Tementi. Lalu, kami adik beradik pakat lepas main semua suruh kawan-kawan kemas balik laman rumah kalau nak hidup tenteram. Jangan pandai main jer tapi ngemas tak pandai.

Tak hilang kreativiti pun dengan pekikan dan bebelan mak. Pertama sekali saya nak tekankan apa itu kreativiti dari perspektif yang sepatutnya orang tahu. Ia adalah kebolehan melakukan sesuatu perubahan atau ciptaan dengan keterbatasan yang ada. Ramai orang ingat asal boleh kreatif sahaja tapi tak lihat bahagian “dalam keterbatasan” tertentu.
Awak bagi duit RM4 billion untuk orang buat bisnes, lepas 10 tahun dia buat 10 billion berbanding orang yang buat 10 billion dengan modal cuma RM10, yang mana satu kamu fikir kreatif? Kalau dapat buat rocket pergi bulan tapi bajet ada RM100 billion dengan orang buat rocket dengan bajet RM1000 agaknya siapa lebih kreatif?

 

Mari saya betulkan sikit. Saya dah penat tengok rumah bersepah. Kemudian rumah kita dah elok-elok kemas tiba datang tamu yang anaknya perangai macam sotong banyak tangan habis semua dicapai, dijatuh, disepah, ditumpah tapi mak bapak dia steady jer buat muka unta. Ada juga tegur dengan sediplomatik yang boleh “Ehh…janganlah panjat, nanti jatuh siapa yang sakit?” tapi mak ayahnya masih macam unta juga lagi tetapi unta yang mempunyai keyakinan kendiri yang tinggi yang anaknya akan jadi kreatif macam Picasso. Katanya “Budak-budak besar begini, kita tak boleh nak larang sangat, nanti terbantut kreativitinya”.

Saya senyum senget (ini rumah aku lahhhh….)

Saya lahir dengan segala jenis pantang larang arwah emak buat. Larangan mandi sungai sampai malam, larangan menconteng dinding rumah, larangan menyepahkan barang dan macam-macam lagi.

Dari larangan conteng dinding, disediakan kertas untuk segala jenis kreativiti dizahirkan. Banyak manapun tak ada masalah asalkan atas kertas. Tapi kalau banyak sangat, mak question jugak katanya MEMBAZIR dan nak tengok hasil dengan sindir sikit “Mana yang dah lukis…mak nak jual” (deep). Pelajarannya, boleh nak kreatif tapi jangan sampai membazir. Larangan menyepahkan barang, kalau sepah kita kena kemas. Masa mengemas balik tu, bukankah terbit kreativiti bagaimana nak mengemas dengan cara lebih baik dari sebelumnya? atau kreativiti untuk bermain segala permainan tanpa menyepahkannya?

Hari ini, mak ayah dah modern. Anak kaki sepah, kaki conteng semua dibiarkan kononnya itu buat anak jadi kreatif. Jangan lupa, setiap kreativiti mesti diberikan sempadan / limitation. Kalau tidak, nanti korang punya anak membesar tanpa segan silu menconteng muka kamu mak ayah kerana memang dari kecik korang tak pernah kisah kat manapun mereka nak conteng. Dah besar jadi buluh, baru nak larang itu ini. Masa tu…dah terlambat.

JANGAN TAKUT ANAK SERIK BILA KITA LARANG ITU INI kerana anak-anak dijadikan untuk tidak serik cepat sangat. Kalau mereka mudah serik, pasti sekali bertatih dan jatuh sampai sakit lututnya…dia terus putus asa dan sampai sekarang mereka tak pandai berjalan walaupun dah dewasa.

Mungkin orang yang mengeluarkan teori anak penyepah dan penconteng tak boleh dilarang akan menjadikan mereka pencipta yang kreatif. Mungkin betul, tapi hilang adab, hilang agamanya. Agama itu sendiri satu kongkongan batasan yang tertib untuk jadi MANUSIA. Kalau tak boleh ditegah-tegah, monyet di hutan itu tiada siapa yang marah kalau berakkan muka orangpun.

Tak semua yang Mat Saleh tulis tu semuanya kita kena telan. Biarlah Mat Saleh cakap menurut kajian professor itu professor ini dan secara saintifik konon DNA budak itu jadi genius dan merembes hormon-hormon yang membuat budak penconteng yang tak ditegah kononnya menjadi supergenius yang tak boleh terkalahkan. Belajarlah timbang-timbang sikit, jangan main telan dan hadam semua.

Kita bukan nak melarang, tetapi menetapkan HAD untuk keupayaan mereka. KREATIVITI tanpa HAD samalah seperti kreativiti membuat filem yang artistik gila tapi PORN. Kreativiti mesti datang dengan limitation. Saya juga pernah jadi photographer yang ada nama lah sikit sebelum ini. Semasa dah ada nama sikit, ramailah model-model baru nak up menyerah nak minta diambil gambarnya berbogel atas lesen “Artistic Nude”. Kononnya, atas nama kreativiti atau artistic…semua jadi halal. Saya ada pilihan antara nak ambil atau tidak. Kalau ikutkan perempuan yang rela nak berbogel untuk diambil gambarnya….banyak. Saya cuma cakap…

“Ko tak malu ke?”

 

KREDIT Fb SaifulNang

Via:Sahabatdotkom

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *