Kebakaran besar di Ventura musnahkan 1,000 bangunan

CALIFORNIA : Hampir 1,000 bangunan disahkan terbakar di Ventura, dekat sini dalam kebakaran besar yang sehingga kini memusnahkan kawasan lebih besar dari New York City.

Kebakaran yang diberi nama Thomas itu bermula seminggu lalu dan memusnahkan kawasan seluas 230,500 hektar, di sini dan Santa Barbara, kira-kira 160 kilometer di pinggir barat laut Los Angeles.

Jabatan Bomba berhadapan dengan cuaca buruk terpaksa berhempas pulas mengawal kebakaran daripada merebak ke daerah Santa Barbara, turut mengancam keselamatan komuniti di Montecito dan Summerland.

Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) dalam satu kenyataan, berkata angin kencang Santa Ana dan lereng gunung yang curam mengakibatkan usaha mengawal kebakaran semakin sukar.

Menurut pegawai, sehingga kini Thomas memusnahkan 644 kediaman, 138 bangunan tambahan dan 187 bangunan lain.

Datuk Bandar Carpinteria, Fred Shaw ketika dihubungi berkata, kebakaran berkenaan sebelum itu melintasi garisan pergunungan di Carpinteria, memusnahkan enam kediaman di sebuah kawasan pertanian luar bandar.

“Setiap kali angin bertiup kencang, api akan semakin marak dan jika angin datang dari arah berlainan, ia (kebakaran) akan berlaku lagi,” katanya. – Reuters

Sumber : berita harian

 

Sopim Sampai Lebam! Sempena 12.12 Ini, Shopee Buat Sale Lagi Dan Sesi Lelongan Dengan Jaminan Harga Paling Murah

Berita baik buat semua penggemar ‘online shopping’! Laman membeli belah terkenal Shopee akan mengadakan SALE dan lelongan besar-besaran sempena ulang tahun pada 12 hingga 14 Disember ini. Sertai keseronokan ini dan nikmati tawaran hebat dengan diskaun tambahan yang lumayan. Apa tunggu lagi, set kalender anda, Shopee akan menawarkan harga paling rendah untuk lebih 150,000 barangan!

Pastinya ramai yang tidak sabar dengan tawaran hebat ini. Kali ini Shopee menyediakan tawaran ‘Online Auction’ atau sesi bidaan pada 12 Disember. Anda mampu memenangi LG TV, Sony Headphone, Oppo mobile phones, dan pelbagai lagi dengan harga serendah RM12. Dengan hanya membida anda mampu peroleh barangan ini.

Apa yang tidak masuk akal, bermula 12 hingga 14 Disember ini, Shopee juga menawarkan harga serendah RM12 setiap hari pada jam 12 pagi hingga 9 malam hanya di lot “RM12 Shocking Sale” yang hanya akan berlangsung 5 kali sehari.

Selain itu juga, “Beat the Clock” bakal menawarkan voucher istimewa bernilai lebih RM500,000 kepada anda 6 KALI pada hanya pada 12 Disember sahaja, iaitu pada pukul 12 tengah malam sehingga 10 malam.

Nak tahu macam mana nak menang iPhone X, percutian ke Hawaii serta hadiah-hadiah lain yang bernilai RM50,000 dari Shopee?

Caranya mudah saja! Beli lebih dari RM100 melalui transaksi FPX sepanjang bulan Disember dan jika anda bertuah, anda juga mampu memenangi hadiah-hadiah lain bernilai sehingga RM50,000! Mana nak dapat beb! Cuma shopping barang-barang, boleh pergi bercuti, menangi hadiah, dan iPhone secara percuma!

Bermula hari ini sehingga 14 Disember nanti Shopee menawarkan slot “Spin the Wheel”. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat putaran melalui app untuk memenangi Shopee Voucher serta Shopee Coin yang bernilai lebih RM300.000 dengan hanya membuat putaran setiap hari.
Tidak lupa juga, sepanjang pembelian anda pada 12 Disember nanti, penghantaran barang Shopee adalah percuma jika anda membelanjakan sekurang-kurangnya lebih RM20.

Jom Sopim 😄

Sumber : Siakapkeli

Rezeki Cuti Sekolah – “Tak pernah tak habis”

Enggan cuti sekolah berlalu sia-sia, dua beradik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, di sini membantu datuk mereka mencari dan menjual lokan di Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Muhammad Zulhilmi Rusmi, 16, dan adiknya, Muhammad Shaari, 15, melakukan aktiviti itu sejak awal cuti sekolah, bulan lalu.

Setiap hari mereka ke Sungai Badang di kawasan berdekatan untuk mencari lokan dan hasilnya dijual di gerai datuk mereka, Matriah Ismail, 63, di PCB.

Muhammad Shaari berkata, hidupan bercengkerang itu tidak mudah dikutip kerana ia terbenam di dalam lumpur dan mereka perlu berhati-hati mencari lokasi pengumpulannya.

“Ini bukan pengalaman pertama saya cari lokan kerana sebelum ini selepas waktu sekolah, saya dan rakan pernah mencari lokan di Sungai Tok Sadang, Pengkalan Chepa untuk hidangan keluarga.

“Tetapi apabila cuti panjang, aktiviti ini jadi rutin harian kami untuk membantu datuk selain menambah pendapatan.

“Lokan dibasuh terlebih dulu sebelum dijual. Tak pernah tak habis lokan kami kerana sentiasa jadi pilihan,” katanya.

Sementara itu, Matriah berkata, isterinya, Khadijah Ismail, 55, dan anak lelaki, Mohd Fairul Zaman,18, turut membantunya selain dua cucu berkenaan.

Katanya, mereka keluar mencari lokan mulai jam 9 pagi dan pulang sebelum waktu Zuhur, bergantung kepada cuaca dan paras surut sungai.

“Seorang biasanya mampu kutip 25 kilogram (saiz guni kecil) lokan dan sehari kami boleh kumpulkan sehingga enam guni dengan jumlah 150 kilogram.

“Lokan dijual pada harga RM4 hingga RM5 bagi 2.5 kilogram manakala sepanjang musim tengkujuh dan cuti sekolah, jualan boleh cecah RM200 sehari berbanding hari biasa sekitar RM40,” katanya.

Menurutnya, selain penduduk tempatan, pelancong bercuti di Kelantan turut mencari lokan di gerainya termasuk dari Singapura

Sumber : HMetro

[VIDEO] Sadisnya..Bapa Jenis Apa Kau Ni?!

Di saat ramai pasangan suami isteri di luar sana yang bersusah payah ikhtiar untuk mendapatkan zuriat, lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki bergelar bapa ini.

Seorang lelaki di utara China yang tidak layak menjadi bapa ini ternyata kejam kerana bukan saja sanggup menampar anak perempuannya yang masih kecil berkali-kali, malah memijak serta menghentak budak malang itu ke jalan raya.

Kejadian dalam rakaman video ini berlaku di sebuah stesen bas di utara China dan lelaki terbabit sudah ditahan polis dan budak berkenaan yang dianggar berusia dua tahun, kini diserahkan kepada neneknya.

Daily Mail yang memetik The Paper melaporkan, kejadian mengejutkan itu berlaku di Langfang, wilayah Hebei, pada 2 Disember lalu.

Lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Zhang itu dilihat menyalakan rokok, menampar anaknya beberapa kali sebelum menolak mangsa ke atas kaki lima jalan raya dan memijak belakang budak itu dengan kejam.

Dia kemudian menarik anaknya bangun dan menghentaknya ke jalan kaki lima.

Lelaki itu memberitahu orang ramai berhampiran ‘tiada apa yang berlaku’ apabila ada yang bertanya kenapa dia memukul anaknya.

Polis mengeluarkan kenyataan pada 3 Disember menyatakan sudah mengenal pasti Zhang dan mengesahkan dia adalah bapa kandung kanak-kanak berkenaan.

Pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak itu tidak cedera.

Sumber: HMetro

[VIDEO] Dadah jadi zombie menular di ibu negara

Trend pengedaran dadah di negara ini semakin membimbangkan apabila satu dadah baharu jenis sintetik yang bukan sahaja mengkhayalkan malah mampu membuatkan pengambilnya menjadi seperti mayat hidup atau zombie, kini dikesan kian agresif dijual di sekitar ibu negara.

Dadah yang diberi nama panggilan mushroom atau khat itu semakin mendapat sambutan khususnya dalam kalangan pengunjung kelab-kelab malam dan dijual dengan harga tinggi iaitu RM300 untuk lima gram.

Dijual dalam bentuk serbuk, dadah tersebut akan dicampur dengan kopi atau minuman panas untuk diminum selain diadun dengan tembakau sama ada untuk dihisap seperti rokok atau dijadikan seperti sireh.

Difahamkan, fikiran pengambilnya akan melayang selain secara fizikal mengalami tempoh tidak sedar diri selama lima minit dan didakwa kemuncaknya akan membuatkan penggunanya berada dalam keadaan ‘menggembirakan’.

Menurut sumber, dadah tersebut dikesan menembusi pasaran tempatan sejak tahun lalu dan kini sudah aktif dijual di premis hiburan sekitar ibu negara mulai tahun ini.

Jelas sumber, bahan sintetik itu juga boleh dikatakan sama seperti dadah berbahaya, flakka yang menjadikan seseorang itu tidak sedar diri dan kelihatan seperti zombie seperti yang dilaporkan semakin menular pengambilannya di Amerika Syarikat.

“Namun perbezaannya kesan flakka akan membuatkan penggunanya menjadi agresif sedangkan mushroom atau khat ini akan menjadikan pengambilnya duduk setempat tidak sedarkan diri ibarat ‘mayat bernyawa’.

“Ada pengambil yang mendakwa, selepas mengambil dadah tersebut ‘roh’ mereka akan keluar dari jasad dan terbang selama lima minit sebelum sedar kembali,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Tambah sumber, hasil ujian patologi mendapati dadah baharu itu dikategorikan sebagai New Psychoactive Substance (NPS).

“Ini merupakan trend dadah baharu dan paling merunsingkan, pengambilannya tidak akan memberi kesan terhadap ujian air kencing dijalankan.

“Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil terhadap penggunanya berikutan mereka tidak positif dadah,” ujarnya.

Kata sumber, faktor itu dipengaruhi oleh penghasilannya yang menggunakan bahan kimia tidak menyalahi undang-undang dan belum dijadualkan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Utusan.com.my, video 69

 

Keghairahan Menggunakan Aplikasi Pitu, Wanita Bertudung Pun Kini Dapat Dilihat Dalam Keadaan Seksi

Baru-baru ini tular mengenai satu aplikasi percuma yang mampu mempercantikan gambar swafoto serta pelbagai filter. Namun tidak hanya filter, aplikasi ini juga  fitur make up dan cosplay. Aplikasi ini dikenali dengan nama pitu.

Rata-rata pengguna pitu ini adalah dikalangan gadis dan wanita. Apa yang tidak enak dilihat cosplay aplikasi ini agak terdedah sehingga mendapat teguran.

Menurut perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi, aplikasi ini akan merosakan penggunanya, di samping membahayakan kaum wanita. Ikuti penjelasannya.

Saya tujukan post ini untuk kaum wanita yang menutup aurat. Tak kisahlah statusnya masih bersekolah, belajar di IPT, bekerja, berkahwin atau sudah jadi emak-emak.

Ketahuilah, aplikasi PITU ini menjahanamkan dan merosakkan diri kalian. Apa yang kalian fikirkan saat menggunakannya?

Kenapa ghairah kemain gunakan ia dengan edit sedemikian rupa? Dahagakan pujian? Atau cuba meraih secebis likes?

Saya tak ada masalah andai kau suka-suka tangkap gambar, edit kemudian simpan di folder phone sendiri. Paling kurang kau sahaja yang akan tengok. Yang pergi upload di media sosial buat apa?

Kau nak bagi lelaki-lelaki gersang di luar sana membayangkan diri kau yang tak bertudung ke?

 

Sebab itu lelaki dalam post berkenaan letakkan caption sindiran/ sarcasm agar kau faham.

Yang lelaki pun sama. Kalau kau nampak orang perempuan upload gambar begini, tegurlah elok-elok. Boleh jadi mereka tidak tahu.

Baik perempuan mahupun lelaki, tolonglah gunakan akal yang telah Tuhan berikan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan. Tanya dalam diri, elok ke tidak apa yang aku buat tu.

Nak salahkan Yahudi juga ke kalau diri sendiri yang mudah terjebak dengan apps yang tah apa-apa?

Berhentilah.

Sampaikan mesej ini kepada kawan-kawan yang kau sayangi. Thanks.

Sumber:
Akhi Fairuz Al-Jengkawi via Siakapkeli