Nak Kelainan? Boleh Cuba 6 Resepi Simple Masakan Ala Barat Ini..Senang Jer

Masakan barat sering menjadi pilihan orang ramai jika ke restoran. Jarang sekali masakan barat ini dimasak di rumah kerana cara penyediannya yang agak leceh. Namun sebenarnya, masakan barat ini lebih mudah dibuat berbanding masakan lain. Bayangkan anda boleh jimat banyak jika makan satu keluarga.

Di sini kami kongsikan dengan anda masakan barat yang mudah dibuat. Yang paling penting, rasanya yang sedap dan berbaloi untuk dicuba.

Lempeng Seafood ‘Heinz’

Ini merupakan antara makanan melayu yang dibaratkan. Mungkin anda berasa pelik kerana belum mencuba. Tapi kami pasti ada yang tidak cukup dengan satu keping apabila mencubanya. Tempoh untuk penyediaan makanan ini sangat cepat. Memang berbaloi untuk mencuba resepi ini. Sedapnya!

Resepi penuh

Klik sini

Fajita Frittata

Telur goreng versi Sepanyol ini memang sedap dimakan begitu sahaja. Telur yang dimasak bersama keju ini pasti menjadi kegemaran korang. Boleh diambil ketika sarapan kerana resepi ini kaya dengan pelbagai rasa yang sedap. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, pasti hari hari mahu. Hehe..

Resepi penuh

Klik sini

Stik Ikan Tenggiri

Dah bosan makan stik ayam? Apa kata anda cuba stik ikan tenggiri ini pula. Memang mudah dan lazat dengan kemanisan ikan tenggiri ini. Masakan ini juga sesuai untuk orang berpantang dan sedang diet. Apa tunggu lagi? Jom ganti ayam anda dengan ikan tenggiri. Kelainannya pasti dirasai. Nyumm sedap!

Resepi penuh

Klik sini

KROKET TAUHU BERKEJU RANGUP

Apa nak buat santapan petang? Apa kata anda cuba resepi ala barat ini yang pasti membuat anda terangkat. Rasanya yang lembut di dalam dan ranggup di luar memang sesuai dijadikan santapan petang anda. Cara penyediaannya pun senang, anak anak pasti suka.

Resepi penuh

Klik sini

Penne Goreng

Bosan dengan masakan pasta biasa. Apa kata cuba resepi yang memberikan anda rasa kelainan ini. Kami pasti ada di antara anda pernah mencuba masakan ini. Memang sedap jika dimakan bila bila masa. Jangan risau masa penyediaan masakan ini hanya 30 minit. Mudah kan? Jom cuba.

Resepi penuh

Klik sini

Makaroni Bakar

Bukan resepi yang baru didengar, namun makaroni ini memang jarang dibuat. Mungkin korang tidak tahu bagaimana cara membuatnya, jadi ianya senang hanya membuat pesanan di restoran. Kini, anda tak perlu risau kerana resepi yang kami kongsi ini sangat mudah disediakan. Penyediaannya pula sangat senang. Rasanya sama macam anda makan di restoran mahal. Tak percaya? Boleh cuba sendiri.

Resepi penuh

Klik sini

 

Selamat Mencuba!

 

Sumber : MyResipi via Ohbulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *