“I’ll Be In Your Heart Forever” – Alif Hadi Cuba ‘Pick-Up Line’ Neelofa

Walaupun drama bersiri Red Velvet sudah berakhir namun hubungan antara Neelofa dan pelakon muda Alif Hadi masih tidak berpenghujung.

Terbaharu, menerusi entri Neelofa, Alif tanpa segan silu menulis komen berunsur ‘pick-up line’ untuk pelakon dan pengacara MeleTOP itu.

“11am till 2pm? I’ll be in your heart forever(11 pagi hingga 2 petang? Saya akan berada di hati awak selama-lamanya),” tulis Alif.

Komen itu ditulis untuk entri Neelofa mempromosikan koleksi terbaharu bersama Fashion Valet, Neelofa X Fashion Valet pada hujung minggu lalu.

Tulis Neelofa;”I will be at at Fashion Valet Pavillion store from 11 am until 2 pm so be sure to drop by to say hi and to shop the collection! See you guys TOMORROW ! #neelofaxfashionvalet.”

Tindakan berani Alif mendekati Neelofa dengan cara tersebut mendapat pelbagai komen positif dan kritikan daripada netizen.

Ada yang menganggap tindakan Alif itu sangat ‘gentleman’ dan ‘sweet’ hingga ada yang mula menggabungkan nama Alif dan Neelofa seperti trend promosi kebanyakan produk drama.

“Lofalif atau alofa ni?”soal salah seorang pengguna Instagram.

“Kalau ada jodoh tak kemana,”doa salah seorang pengguna yang lain.

Namun, ada yang berpesan agar pelakon kacak itu tidak terlalu menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan Neelofa.

“Usah bermimpi di siang hari bro… Kalau bukan kerabat, anak orang berada, duit berkepuk-kepuk rasanya jangan harap dia nak pandang. Artis-artis bukan citarasa dia,”tulis salah seorang pengguna media sosial.

Sumber Ali Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *