TERHARU!! Datuk Rosyam Buka Kedai Jual Ayam, Harga Ayam Yang Dijual Buat Ramai Netizen Nak Menangis

Rasanya nama Datuk Rosyam Noor tidak perlu di perkenalkan lagi. Selebriti popular ini memang sudah di kenali satu Malaysia.

 

Selain daripada punya bakat berlakon, Datuk Rosyam juga giat untuk membangunkan banyak projek amal dan juga bisnes yang memberikan keuntungan. Beliau juga sudah menerima banyak anugerah atas pencapaiannya.

 

 

Sebelum ini Datuk Rosyam mengusahakan #QuranHour dan mengajak ramai orang untuk mengaji selama sejam beramai-ramai.

Dan yang terkini, Datuk Rosyam merancang untuk menjual ayam dan keperluan dapur lain dengan harga yang sangat mampu beli. Melalui bisnesnya yang di beri nama ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam mahu menjual sekampit beras 5kg dan juga seekor ayam dengan harga cuma RM 1. Harga itu sangatlah membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli. Memamg menangis orang-orang susah bila tahu Datuk Rosyam mahu membantu begitu.

 

“Insya Allah dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember nanti dan seminggu pertama, saya ada bincang dengan rakan kongsi untuk jual ayam seekor dan beras sekampit lima kilogram hanya RM 1 aje,” kata beliau lagi.

“Itulah lebihan rezeki saya dikongsi masyarakat akhirnya. Apa yang ada itu dicukupkan. Ini juga dapat bantu bisnes usahawan Melayu lain kerana soal rezeki ialah tanggungjawab berkongsi perniagaan dengan orang lain,” katanya.

Sumber – Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *