Kangkung Oh Kangkung…Tanam Kangkung Cara Mudah. Hanya Perlu Penapis Dan Besen Sahaja..

Penanaman sayur-sayuran berhampiran dengan rumah sememangnya menjimatkan masa dan wang ringgit. Kita tidak perlu membuang masa untuk ke pasar dan berhabis duit minyak. Namun, ada beberapa perkara yang menjadi halangan, contohnya, tiada ruang untuk menanam, tiada masa untuk menyiram pokok dan tidak tahu cara penanaman pokok yang betul.

 

Tahukah anda terdapat beberapa cara yang mudah untuk menanam kangkung. Terutama jika anda tidak mempunyai ruang yang luas, dan tidak mahu mengeluarkan modal yang banyak.

 

Berikut adalah langkah-langkah penanaman kangkung dengan mudah yang telah dikongsi oleh Baja AB Plus Premium, dengan mengunakan penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.

 

1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah

 

2. Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.

 

3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.

 

4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)

 

5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)

 

6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.

 

7. Apabila sudah 3 ke 4 minggu, sayur kangkung sudah boleh di tuai.

Antara masakan kangkung adalah..(sumber gambar masakan dari Google)

Kangkung goreng belacan

 

Masak lemak putih kangkung

 

Kangkung masak lemak kuning

Wahh..sedap ni tambah pula sayur yang kita tanam sendiri..lebih berkhasiat dan menjimatkan 😊

 

Sumber – Baja AB Pus Premium via Siakapkeli

One thought on “Kangkung Oh Kangkung…Tanam Kangkung Cara Mudah. Hanya Perlu Penapis Dan Besen Sahaja..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *