Demi Sahabat Baik, Pengantin Baru – Song Joong Ki Sanggup Abaikan Kepercayaan Karut Rakyat Korea..Dapat Jutaan Pujian Dari Netizen Seluruh Dunia

Song Joong Ki merupakan pelakon terkenal dari Korea mempunyai jutaan peminat dari serata dunia. Baru-baru ini dia sahaja baru menjadi suami dan berkahwin dengan wanita yang di cintainya.

 

Song Joong Ki di katakan masih lagi mempunyai mood pengantin baru dan ketika majlis kahwinnya berlangsung, Joong Ki di lihat menitiskan air mata kerana gembira.

 

 

Namun begitu bagi Joong Ki kematian rakan rapat membuatkan dia juga merasa sedikit canggung kerana rata-rata rakan artis yang datang juga punya emosi bercampur baur.

 

 

 

Mengikut kepercayaan orang Korea, pengantin baru yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, mereka di larang sama sekali untuk datang ke mana-mana acara pengebumian beberapa hari selepas menikah.

Namun tidak bagi Song Joong Ki. Dia langsung tidak peduli dan mahu ambil serius tentang kepercayaan itu. Lantaran itu, setelah majlis kahwinnya selesai, Song Joong Ki tidak mahu berlengah untuk turut datang ke majlis pengebumian rakannya iaitu Kim Joo Hyuk baru-baru ini.

 

Rata -rata ramai netizen memuji perbuatan Joong Ki itu yang mana menurut mereka tidak mudah bagi seorang pengantin yang sedang mempunyai emosi bahagia di hari perkahwinannya terus bergegas untuk ke acara pengebumian rakan rapat. Apatah lagi Joong Ki langsung tidak berpegang pada kepercayaan karut  yang di pegang kebanyakan para pengantin Korea, ini membuatkan dia di lihat sebagai seorang rakan yang sangat baik hati dan tidak mementingkan diri sendiri.

https://youtu.be/kqOCWRSYrqg

Video – kwangmin couple

Sumber – Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *