Antara Dua Darjat..Kisah Menusuk kalbu..Sentap Weh!

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari
kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara
Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka
bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di
masyarakat.

 

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka
bertemu semula secara tidak sengaja di dalam
dompet seorang pemuda.

Maka mereka pun berbual:

1. Wang RM100 bertanya
kepada RM1; “Kenapa
badan kamu begitu lusuh,
kotor dan berbau hamis?”

2. RM1 menjawab; “Kerana
sebaik saja aku keluar
dari bank, terus ke tangan
orang bawah daripada
buruh, penjaja, penjual
ikan dan di tangan
pengemis.”

 

 

3. Lalu RM1 bertanya balik
kepada RM 100,”
“Kenapa kau begitu baru,
rapi dan masih bersih?”

4. RM100 menjawab;”Kerana
sebaik saja aku keluar
dari bank, terus disambut
perempuan cantik, dan
beredarnya pun di
restoran mahal, di
kompleks membeli-belah
dan juga hotel brbintang
serta keberadaanku selalu
dijaga dan jarang keluar
dari dompet.”

 

5. Lalu RM1 bertanya lagi;
“Pernahkah engkau berada
di tempat ibadah?”

6. RM100 menjawab; “Belum pernah”

7. RM1 pun berkata lagi;
“Ketahuilah walaupun aku
hanya RM1, tetapi aku
selalu berada di seluruh
tempat ibadah, dan di
tangan anak-anak yatim
piatu dan fakir miskin
bahkan aku bersyukur kpd
Tuhan kerana aku tidak x
dipandang sebagai
sebuah nilai, tetapi aku
dipandang sebagai
sebuah manfaat.

 

 

6. Lantas menangislah
RM100 kerana berasa
besar, hebat, tinggi tetapi
tidak begitu bermanfaat
selama ini. Semoga cerita
ini memberi pengajaran
kpd kita semua..

Cerita yang ringkas namun sarat dengan pengajaran..

Untuk renungan kita bersama… kita hidup janganlah
sombong dan ego dengan kedudukan dan pangkat..

Kerana adakalanya sesuatu yg kita hina itu sebenarnya lebih baik dan disanjung oleh masyarakat..

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA

JOM SEDEKAH WALAUPUN SINGGIT 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *