Anda Berdarah O? Elakkan Kafein & Susu…Malah Ada Banyak Lagi!

Darah jenis O merupakan kelompok darah yang paling dominan di dunia.

Selain itu, pemilik darah O juga merupakan penderma darah universal kerana boleh menderma kepada semua jenis pemilik darah yang lain.

Namun begitu, pemilik darah O adalah penerima darah spesifik yang hanya boleh menerima darah daripada golongan penderma darah O sahaja. Maka tidak hairanlah jumlah golongan pemilik berdarah O paling dominan di seluruh dunia.

Orang berdarah O biasanya merupakan individu yang impulsif dan hiperaktif. Dan disebabkan itu pemilik darah O harus menjauhi kafein kerana kandungan semulajadi pemangkin adrenalin yang terdapat di dalam kafein.

Ini kerana darah O sudah mempunyai hormon adrenalin dan tidak memerlukan pemangkin untuk menaikan hormon tersebut kerana dikhuatiri menyebabkan kerosakan.

Kepada yang memiliki darah O, jika susah untuk berhenti terus boleh sahaja kurangkan pengambilan kopi. Jika dahulunya 3 kali sehari, cuba kurangkan kepada 1 kali sehari sahaja.

Sumber : sinar.FM via Cite Heboh

Lagi Info Menarik di bawah šŸ˜‹

 

10 Pantang Diet Golongan Darah O ā€“ Makanan dan Minuman yang Harus Dihindari

Diet berdasarkan golongan darah ini diilhamkan oleh Dr Peter J. D’Adamo melalui penulisannya yang berjudul “Eat Right 4 Your Type”. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 1996.

Mari kita lihat apakah pantang larang berdasarkan jenis darah O ini:

Sel darah merah pada golongan darah O tidak mengandungi karbohidrat antigen tetapi antigen jenis Rhesus. Dan sebagai golongan darah yang tertua di muka bumi jika dibandingkan dengan golongan darah lainnya, golongan berdarah O memiliki ciri-ciri yang unik bila dikaitkan dengan situasi dan hal yang ada di zamanĀ sekarang.

Ciri-ciri tubuh golongan berdarah O antaranya adalah :

Memiliki fizikal yang cenderung mempunyai masalah pada berat badan.

Memiliki gangguan kesihatan terutama pada lambung, tekanan darah tinggi, kolesterol, radang sendi dan jenis peradangan lainnya

Memiliki imunisasi tubuh yang tinggi.

Tidak mudah beradaptasi dengan jenis makanan yang baru dan kondisi lingkungan yang baru

Secara kesimpulannya, golongan berdarah O, menurut Dā€™Adamo, harus banyak mengambil makanan yang memiliki protein haiwan yang tinggi terutamanya pelbagai jenis seafood. Dan harus mengurangkan makanan yang berlemak dan susu atau produk diperbuat dari susu. Ini kerana golongan berdarah O memiliki sistem pencernaan yang kuat dalam proses pengolahan makanan dalam tubuh akan tetapi bermasalah pada kolesterol dan gangguan jantung.

Dan untuk diet golongan berdarah O harus menghindari segala jenis makanan yang dilarang dan memiliki sifat yang membahayakan atau ā€œracunā€ bagi tubuh. Hindari makanan yang banyak mengandungi gula halus, pemanis buatan, zat kimia tambahan, atau zat membahayakan lainnya.

Makanan Yang Berisiko Menaikkan Berat Badan :

Gandum yang mengandung gluten
Jagung
Kacang Merah
Aneka jenis kacang-kacangan
Kubis/Kol
Kubis
Brussel
Kembang Kol
Sawi Hijau

 

Makanan Yang Membantu Menurunkan Berat BadanĀ :

Seafood
Daging Merah
Hati
Garam
Kale
Bayam
Brokoli

Senarai Makanan & Minuman Yang Tidak SesuaiĀ Bagi Golongan Berdarah O

1.Ā Minuman

Kopi
Teh Hitam
Minuman bersoda
Bir
Anggur Putih
Liquor (minuman keras yang disuling)

2. Perasa

Vinegar, seperti balsamic vinegar, cuka beras, cuka putih, anggur merah, anggur putih

3. Produk hasil tenusu

Keju, seperti brie, gouda, camembert, America, cheddar, parmesan, ricotta, dan lain lain Susu, seperti susu lembu, susu kambing, yogurt, krim, krim masam, kefir, whey, casein, buttermilk

4. Buah-buahan

Pear
Alpukat
Melon
honeydew
Blackberry
Kelapa/air kelapa
Kiwi
Laici
Jeruk
Jeruk limau
Blewah
Jus buah seperti jus blackberry, jus jeruk dan jus jeruk limau

5. Jenis Tumbuhan Bijirin

Barley
Couscous
Bubur jagung
Sorgum
Jagung
Aneka jenis terigu Gandum
Tepung Jagung
Oat
Produk dari terigu seperti roti dan mi

6. Tanaman Herba dan Rempah-Rempah

MSG (Monosodium glutamat)
Pemanis sintetik atau buatan
Dekstrosa
Fruktosa
Sirap Jagung
Pala
Lada hitam
Lada putih
Acar
Mustard
Kayu manis
Vanila

7. Minyak

Minyak kelapa
Minyak jagung
Minyak dari biji kapas
Minyak dari kacang
Minyak dari soya
Minyak dari biji bunga matahari
Minyak dari tanaman bunga yang hanya berkembang di malam hari (evening primrose) sepertiĀ buttercup, goldenrod, Mayflower, wood lily, purple aster, apple blossom dan lain lain

8. Protein

Kacang, seperti selai kacang
Kacang-kacangan yang berwarna biru tua, tembaga atau belang-belang
Kacang mete
Kacang lentil
Asam jawa
Telur itik
Telur puyuh
Ikan, seperti barakuda, ikan keli, salmon, pollock, kaviar,
jenis ikan predator
Kerang-kerangan seperti abalone, cumi, gurita, siput
Daging-daging seperti bacon, ham, daging babi, daging penyu
Unggas seperti burung puyuh
Chestnut
Pistachio
Biji Poppy

9. Sayur-Sayuran

Timun
CendawanĀ Shiitake
Daun bawang
Zaitun hitam
Kentang
Biji alfalfa
Aloe vera
Keladi cina
Asinan
Terung
Pare

10. Sos atau Bumbu

Kicap
Mayonis

Pelbagai jenis makanan Pantang untuk Diet Golongan berdarah O di atas tentunya akan membuatkan golongan berdarah O sedikit kebingungan memilih menu makanan diet mereka. Akan tetapi tidak perlu khuatir kerana variasi makanan dari sumber makanan lainnya yang disediakan alam tidak sedikit. Masih banyak alternatif makanan yang dapat dikombinasikan untuk mendapatkan menu diet yang sihat dan tidak membosankan.

Untuk pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat, tidak dianjurkan mengambil makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti gandum dan gluten dapat mencuba kuih beras atau roti yang dibuat dari tepung gluten free, yang ketika ini sudah banyak dijual di pasaraya besar.

Untuk keperluan protein dalam tubuh dapat dipenuhi dengan pengambilan daging lembu, daging kerbau, daging rusa, daging domba, ayam, kalkun, kelinci, itik, ikan mas, belut, udang, lobster, telur ayam, tempe, tauhu serta susu kedelai.

 

Buah segar dan sayur-sayuran yang boleh dimakan antaranya adalah seperti blueberry, ceri, jambu biji, brokoli, ubi, lobak, buncis dan lain lain.

Variasi Menu Diet Untuk Golongan Darah O

1.Ā Sarapan Pagi

Untuk sarapan ambil 1 kepingĀ roti bakar yang terbuat dari tepung terigu gluten free atau wholemeal, boleh oleskan mentega tipis-tipis untuk menghindari kandungan lemak yang terlalu tinggi. Ditambah dengan buah segar seperti ceri dan blueberry.

2. Makan Tengahari

Untuk menu makan tengahari disarankan mengambil menu salad bayam dengan hirisan daging tanpa lemak di atasnya seperti daging lembu atau daging ayam, dihiasi taburan buah ceri sebagai penyegarnya, besertakan dressing salad yang dibuat dari extra virgin olive oil. Atau steak daging lembu dan daging ayam, ditambah rebusan wortel dan buncis. Disarankan agar mengambil bahagian/jumlah yang kecil dengan kandungan minyak yang sewajarnya.

3. Makan Malam

Untuk menu makan malam boleh mencuba menu ikan bakar atau sup ikan, tentunya hanya untuk jenis ikan yang dibolehkan. Boleh dimakan bersana buah bit atau ubi jalar yang dikukus atau dipanggang.

4. Snek sihat

Untuk snek sihat boleh mencuba kuih beras, kuih yang dibuat daripada tepung terigu gluten free, hirisan buah, sayur yang dikukus, almond atau kacang pecan. Tidak disarankan memakan snek yang mengandungi pemanis buatan atau buah-buahan yang dilarang di atas.

DemiĀ mendapatkan hasil diet yang maksimum, pantang larang makanan di atas harus menjadi pedoman dan tidak boleh dilanggar. Untuk itu variasi menu diet yang dapat dipertimbangkan untuk sarapan, makanĀ tengahari dan makan malam tentunya harus mempertimbangkan senarai makanan di atas agar tidak termasuk dalam menu. Dan harus memerhatikan konsistensi dan disiplin agar program diet yang sudah direncanakan dapat berjalan dengan lancar.

 

Sumber: DietSehat.co.id (dialih bahasa)

Sumber gambar dari google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *