Kesungguhan Gadis Cantik Viral Jual Sandwic di Jalanan Ini Dipuji Netizen weh!!

Pada zaman serba serbi duit ni, ia menuntut kita melakukan kerja lebih masa atau ‘part time’ atau apa sahaja kerja halal demi meneruskan kelangsungan hidup. Rezeki itu ada di mana-mana kan.

Bagi gadis ini, trend menjual sarapan di jalanan yang sibuk dengan kenderaan menjadi pilihannya untuk mencari rezeki yang halal.

 

Sopan berhijab sambil mengenakan apron, gadis itu dikesan oleh pengguna Facebook, Shamsul Abas di persimpangan lampu isyarat Ukay Perdana – Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.

Menurut Shamsul, ketika kenderaan berhenti di persimpangan tersebut, gadis itu akan mula berjalan dari satu kereta ke satu kereta, menjual sandwic yang diangkatnya di atas dulang berhias yang diperbuat daripada buluh.

Apa yang biasanya dilakukan oleh lelaki kini juga dilihat menerusi keberanian dan kesungguhan gadis tersebut. Posting yang dikategorikan Shamsul sebagai ‘kisah motivasi’ itu mula mendapat perhatian netizen yang rata-rata memujinya.

Ada juga yang memuji sandwic yang dijualnya. Menerusi seorang pelanggan yang ditemuramah mStar,  Zariena Kusnin berkata dia berpuas hati dengan sandwicnya kerana intinya yang penuh.

Menurutnya lagi, gadis itu menjual beberapa jenis sandwic seperti sandwic tuna, sardin dan telur.

Apa tunggu lagi, jom pakat serbu beli sandwic beliau masa tengah tunggu lampu trafik kat sana.

Sumber: Shamsul Abas , mStar, Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *