Cili Padi Boleh Turunkan Berat Badan?

Kebanyakan orang Malaysia paling suka masakan yang pedas². Kita juga sedia maklum bahawa negeri yang sinonim dengan masakan pedas yang menggunakan cili api ialah Negeri Sembilan manakala makanan manis sinonim dengan Negeri Kelantan.

Walaupun admin bukan orang nogori, namun admin sendiri sukakan masakan pedas. Kalau tak pedas tu rasa macam tak puas la nak makan. Tapi, jaga-jaga..jangan sampai sakit perut pulak gara-gara kepedasan terlampau 😋

Haa..Uols tahu tak cili api boleh turunkan berat badan?

Jom baca info CILI API kat bawah ni:-

1-Meningkatkan sirkulasi darah

Cili api meningkatkan sirkulasi darah dalam tubuh. Dapat juga membantu mencegah masalah tekanan darah rendah dan darah beku.

2- Membantu dalam nyeri otot

Cili api kaya zat capsaicin, zat ini dapat membantu untuk meringankan masalah kejang dan nyeri otot. Juga membantu untuk meringankan nyeri sendi arthritis.

3- Membantu detoksifikasi

Cili api membantu pencernaan tubuh iaitu proses pembersihan dan detoksifikasi. Ia juga membantu mengeluarkan peluh berlebihan, yang juga merupakan baik untuk detoksifikasi.

4- Membantu menurunkan berat badan

Cili api kaya antioksidan, membantu meningkatkan tingkat metabolisme tubuh. Mengkonsumsi Cili api dalam menu diet dapat membantu dalam menurunkan berat badan dan membakar lebihan lemak dari tubuh.

5- Turunkan kolestrol

Cili api membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh yang mencegah risiko penyakit jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Haa…best tak? Dah la sedap makan pedas² ni..siap dapat bonus boleh turunkan berat lagi okeh.

Jom kita tengok antara contoh masakan yang anda boleh buat menggunakan cili padi

(sumber gambar -google)

Nasi goreng kampung cili padi

 

Ketam masak lemak cili api

 

Rendang ayam masak cili padi

 

Udang galah masak lemak cili api..OMG!

 

Daging goreng cili api

 

Ikan selar goreng sambal petai cili api

Fuhh..memang terangkat tengok masakan berasaskan cili api/padi ni kan..

Semoga bermanfaat 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *